Ke mahkamah pukul isteri

Ke mahkamah pukul isteri

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac – Seorang suami dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya.

Mohammad Faizal bin Awang Burot/Karim, 27, berdepan dakwaan memukul kepala isterinya yang berusia 30 tahun itu berulang kali di dalam sebuah kereta pada 22 Mac 2016 kira-kira jam 12:45 tengah hari.

pg06_160325_mahkamah logo

Dia melakukan kesalahan itu di kawasan Airport Mall, dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Hukuman Jenayah yang memperuntukkan pemenjaraan untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun dan denda.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 11 April untuk sebutan semula sementara menunggu laporan patologi mengenai keadaan mangsa. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo.