Ke mana hilangnya Tabuan kita?

Ke mana hilangnya Tabuan kita?

SAYA sudah membaca, menonton dan mendengar berita yang negara-negara jiran kita sekarang sudah ada yang membuat persiapan mengenai pemilihan pemain dan juga jurulatih untuk pertandingan yang berprestij antarabangsa seperti AFC Suzuki Cup 2016, Sukan Sea dan sebagainya – pertanyaan saya bagaimana dengan persiapan kita?

Adakah kita harus menunggu sehingga dua tiga minggu lagi pertandingan akan berlangsung barulah kita ‘kakai-kakai’ memilih dan membuat persiapan seperti mana yang biasa kita lakukan atau paling tidak kita cuma diwakili oleh pasukan kelab bola sepak kesayangan kita iaitu DPMM FC sahaja.

Di manakah perginya Persatuan Bola Sepak Kebangsaan yang menubuhkan Tabuan Muda dengan nafas dan generasi baru?

Saya merayu kepada pihak berkenaan kembalikan semula zaman kegemilangan Pasukan Tabuan kita dan kali ini biarlah ia berkekalan. DIND51

ARTIKEL YANG SAMA