Keadaan jerebu di Singapura cecah tahap ‘sangat tidak sihat’

Keadaan jerebu di Singapura cecah tahap ‘sangat tidak sihat’

SINGAPURA, 29 Sept (Bernama) – Keadaan jerebu di Singapura terus bertambah buruk hari ini mencecah tahap “amat tidak sihat” selepas keadaan semakin baik sebelum ini susulan hujan pada Isnin malam.

Ini berikutan berlakunya tiupan angin dari selatan-barat daya membawa jerebu lebih tebal dari Sumatera ke arah negara ini.

Setakat 12 tengah hari Selasa, Indeks Pencemaran Standard (PSI) mencatatkan bacaan 162 hingga 214 iaitu paras antara tidak sihat dan amat tidak sihat, manakala bacaan PSI bagi tiga jam ialah 227, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Keadaan berjerebu dijangka berterusan hari ini dengan bacaan PSI bagi tempoh 24 jam dijangka pada paras pertengahan hingga tinggi dalam kategori amat tidak sihat.

ARTIKEL YANG SAMA