Keadaan padang dikhuatiri

Keadaan padang dikhuatiri

MELBOURNE, Australia, 17 Julai – Rafael Benitez mengatakan dia senang berada di Australia bagi memulakan kerjaya pengurusannya bersama pasukan Real Madrid tetapi tidak senang terhadap permukaan padang Melbourne Cricket Ground (MCG) untuk perlawanan hari esok menentang Roma.

Lebih 10,000 peminat membayar tiket A$18 (AS$13.50) untuk menyaksikan Madrid berlatih di MCG hari ini dan sejumlah 225,000 tiket berlebihan telah dijual untuk menyaksikan tiga perlawanan kejohanan persahabatan di antara Madrid, Roma dan Manchester City sepanjang tempoh minggu depan.

Benitez berkata permukaan padang sering digunakan bagi perlawanan bola mengikut peraturan Australia “bukanlah yang terbaik… kami perlu peka terhadap itu.” Tetapi “ kami mempunyai perlawanan yang penting, pemain-pemain penting, diharap mereka boleh melakukan yang terbaik untuk perlawanan itu.”

Padang MCG telah dihentam dengan hujan yang lebat selepas 15 pusingan musim AFL. Kondisi padang mungkin memburuk dengan lebih banyak lagi ramalan hujan, dan perlawanan AFL di padang tersebut pada hari Ahad ini mungkin menjejaskan lagi padang MCG sebelum perlawanan Selasa depan di antara Roma dan Manchester City.

Rafa Benitez ketika sidang media pada kesudahan sesi latihan menjelang kejohanan persahabatan di Melbourne. - AFP
Rafa Benitez ketika sidang media pada kesudahan sesi latihan menjelang kejohanan persahabatan di Melbourne. – AFP

Benitez berkata padang MCG tidak boleh disamakan dengan AAMI Park atau City Football Academy, kedua-duanya di Melbourne, di mana mereka berlatih sepanjang minggu.

“Kemudahan tempat kami berlatih setakat ini sangat baik, kami rasa senang,” katanya.

“Saya tahu (perlawanan tersebut) tidak akan mudah, saya rasa ia baik tetapi mungkin boleh lebih baik lagi.”

Madrid memainkan barisan pasukan kuatnya untuk kejohanan persahabatan itu, termasuk Christiano Ronaldo dan Gareth Bale, yang bertanding bagi sorakan terbesar daripada penyokong ketika sesi latihan basah terbuka.

Bagi Benitez, kejohanan ini melambangkan kepulangan peranannya sebagai pengurus di Madrid. Dia memulakan kerjaya bermain di pasukan muda dan simpanan Madrid sebelum melatih pasukan simpanan tersebut kemudian beralih kepada kerjaya pengurusan yang berjaya di Valencia, Liverpool, Intermilan dan Napoli.

Dia dilantik sebagai jurulatih selepas juara Eropah sepuluh kali itu memecat Carlo Ancelotti berikutan mengakhiri tempat kedua dalam La Liga musim lepas.

Bagaimanapun Benitez tidak mendedahkan rancangannya untuk menggantikan penjaga gol Iker Casillas, dan tidak mahu mengulas pada spekulasi bahawa penjaga gol Manchester United adalah pengganti yang dijangkakan. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA