Keadaan sejuk berbahaya landa timur laut AS

Keadaan sejuk berbahaya landa timur laut AS

BOSTON, Mass, 14 Feb – Keadaan sejuk berbahaya yang mengancam nyawa telah menimpa di seluruh timur laut Amerika Syarikat pada hari Sabtu lalu dan badai salji mencetuskan rentetan kemalangan daripada puluhan kenderaan di lebuh raya Pennsylvania, menyebabkan beberapa orang mati.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai untuk tinggal di dalam rumah yang mana Perkhidmatan cuaca Kebangsaan menggambarkan keadaan tersebut sebagai cuaca sejuk yang ‘mengancam nyawa’. Keadaan angin dengan cuaca yang sejuk itu terjejas pada sembilan wilayah negeri itu bermula dari utara Pennsylvania ke barat Maine, dengan kaji cuaca menjangkakan angin kencang sehingga 45 batu sejam (72 kilometer sejam).

Walaupun ribut itu tidak membawa banyak salji ke kawasan itu, namun badai di luar Harrisburg, Pennsylvania mencetuskan susunan kemalangan yang mencatatkan lebih daripada 50 buah kereta dan trak, menutup lebuh raya antara negeri-negeri, kata polis negeri. Beberapa orang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, AgensiPengurusanKecemasan Pennsylvania berkata di laman webnya.

Agensi itu tidak berkata, jumlah orang ramai yang telah meninggal dunia belum dapat dikenal pasti dan jurucakap tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut. Pegawai memberi amaran bahawa sejuk akan lebih hebat sepanjang hari.

Suhu Boston dijangka jatuh kepada -7 darjah Fahrenheit semalaman (-21.7° darjah Celsius), tetapi terasa sejuk -30 darjah Fahrenheit (-34.4° darjah Celsius ) dengan kesejukkan angin.

Bandaraya New York telah bersedia untuk menghadapi malam yang paling sejuk dalam 20 tahun. Datuk Bandar Bill de Blasio kata secara rasmi telah menambah kakitangan untuk membantu penduduk yang kehilangan haba.

“Ia amat penting untuk menangani masalah ini dengan serius, dan menetap di dalam rumah ke tahap maksimum,” de Blasio berkata kepada pemberita. Di Pine Street Inn, Boston, 485 katil untuk perlindungan bagi yang kehilangan tempat tinggal di Boston, pekerja telah menyediakan jaket tebal, tikar dan juga kerusi untuk menampung kira-kira 600 orang yang mereka jangkakan, kata jurucakap Barbara Trevisan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA