Keadaan suram keluarga mangsa Fukushima

Keadaan suram keluarga mangsa Fukushima

OKUMA, Jepun, 4 Mac (Reuters) – Takayuki Ueno tidak teragak-agak untuk mendedahkan dirinya kepada radiasi yang tinggi lima tahun lalu ketika mencari ahli keluarga yang dihanyutkan tsunami mencetuskan kebocoran di loji nuklear Fukushima.

Mayat ibu dan anak perempuannya Erika telah ditemui. Tetapi Ueno memberanikan diri untuk terdedah kepada radiasi dan mengalami keadaan yang sejuk di pantai berhampiran kilang yang telah lumpuh dalam pencarian mayat bapa dan anaknya, Kotaro, yang ketika itu berumur tiga tahun, dalam menyelesaikan kehilangan yang telah dialaminya selama ini.

“Tugas yang paling penting bagi saya sebagai penjaga adalah untuk melindungi anak-anak saya, yang saya anggap gagal untuk memenuhinya. Yang membuatkan saya ayah yang paling teruk, dan saya perlu meminta maaf kepada mereka,” Ueno, 43, memberitahu kepada Reuters.

“Saya dapat memegang Erika dalam tangan saya dan berkata ‘Saya minta maaf’. Saya masih belum dapat melakukan yang sama untuk Kotaro,” kata Ueno, yang tinggal 22 kilometer (14 batu) utara loji nuklear Fukushima.

Takayuki Ueno, yang kehilangan ibu bapa, anak perempuan dan anak lelakinya dalam bencana tsunami 11 Mac 2011, berdiri di hadapan rumahnya yang rosak akibat bencana di Minamisoma, wilayah Fukushima, Jepun. - Reuters
Takayuki Ueno, yang kehilangan ibu bapa, anak perempuan dan anak lelakinya dalam bencana tsunami 11 Mac 2011, berdiri di hadapan rumahnya yang rosak akibat bencana di Minamisoma, wilayah Fukushima, Jepun. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA