Keahlian Netflix meningkat

Keahlian Netflix meningkat

SAN FRANCISCO, 20 Jan – Netflix semalam melaporkan ia masih mencatat keuntungan dan menambah sejumlah besar pelanggan baru dalam suku terakhir tahun lalu tatkala ia berusaha untuk berkembang di seluruh dunia.

Saham Netflix meningkat lebih daripada enam peratus kepada AS$115.20 selepas mendedahkan jumlah anggotanya telah mencecah 75 juta dan ia telah mencatat keuntungan berjumlah AS$43 juta dalam suku terakhir tahun lalu.

Netflix yang berpangkalan di California Utara menambah 5.59 juta anggota dalam tiga bulan terakhir tahun lalu, mengatasi ramalan pasaran. – AFP

Reed Hastings, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, menyampaikan ucaptama pada pameran perdagangan CES 2016 di Las Vegas. - Reuters
Reed Hastings, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, menyampaikan ucaptama pada pameran perdagangan CES 2016 di Las Vegas. – Reuters