Keakraban kunci kejayaan The Foxes

Keakraban kunci kejayaan The Foxes

LONDON, 12 April (AFP) – Jamie Vardy telah mendedahkan dia bertindak sebagai penjaga gol sementara dalam latihan tatkala penjaring gol terbanyak Leicester City itu memberikan wawasan dalam semangat keakraban yang menguatkan kempen kejuaraan Liga Perdana mereka.

Pasukan Claudio Ranieri semakin hampir memenangi hadiah terbesar bola sepak Inggeris dan memerlukan sembilan mata daripada baki lima perlawanan untuk menggagalkan kesemua ramalan awal musim dengan berakhir di tempat teratas pada Mei.

Vardy telah memain peranan besar dalam kejayaan mereka, dengan dua gol daripada penjaring berusis 29 tahun dalam kemenangan 2-0 pada Ahad di Sunderland sekali gus membawa jumlah jaringannya untuk kempen ini kepada 21.

Sudah hampir pasti dia akan memperolehi satu tempat dalam skuad England Roy Hodgson untuk perlawanan Euro 2016, namun dia berkata hasrat Ranieri untuk merehatkan penjaga golnya bermakna dia mempunyai sedikit peluang untuk mempertingkat prestasinya dalam latihan.

“Saya tidak berpeluang untuk berlatih dengan banyak,” beritahunya kepada wartawan selepas kemenangan di Stadium Light pada Ahad.

Semangat keakraban menjadi kunci kepada kejayaan Leicester musim ini, menurut Vardy (gambar). – AP
Semangat keakraban menjadi kunci kepada kejayaan Leicester musim ini, menurut Vardy (gambar). – AP

“Apabila kami ada latihan, adalah agak awal pada minggu apabila orang tua itu mahu kami merehatkan penjaga gol kami.

“Maka biasanya apabila terdapat jaringan, dia memberitahu saya supaya menjaringkan gol! Saya gembira untuk melakukannya jika ia bermakna saya membantu penjaga gol tetap cergas untuk perlawanan.” Leicester telah meneruskan momentum daripada musim lalu, apabila mereka berjaya melepaskan diri daripada turun ke divisyen lebih rendah dengan memenangi tujuh daripada sembilan perlawanan.

Vardy berkata persahabatan di kalangan skuad juga memain peranan utama dalam membantu mengekal mood positif.

Pemain pertahanan Jerman Robert Huth telah mendapati dirinya tumpuan gurauan oleh Ranieri, 64, di mana pelantikannya pada tahun lalu disambut dengan ejekan oleh beberapa pihak dan melihat kelab dijadikan sebagai pilihan penurunan ke divisyen lebih rendah oleh penerima taruhan Britain.