Kean sangkal khabar angin dengan Leeds

Kean sangkal khabar angin dengan Leeds

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC melenyapkan khabar angin apabila beliau dikaitkan dengan tawaran bagi jawatan pengurus pasukan Leeds United seperti yang dilaporkan media British baru-baru ini.

“Saya tidak ada interaksi bersama pihak Leeds,” ujar Kean ketika ditemui di Mini Stadium Jerudong ketika sesi latihan bersama anak didiknya dan menegaskan berita yang dinyatakan itu adalah khabar angin yang sering digemparkan pihak media terutama setelah selesai satu-satu musim kejohanan.

Menurutnya perkara seperti ini akan dibincangkan sebaiknya bersama kelab Brunei DPMM FC jika ada tawaran seperti yang berlaku minggu lalu apabila sebuah kelab Asia menghubunginya bagi mendapatkan perkhidmatannya di sana.

Beliau menyatakan perasaan gembiranya dan kesetiaannya untuk berkhidmat terus bersama kelab Brunei DPMM FC dan proaktif untuk terus membina pasukan bawah 19 tahun Brunei DPMM FC serta mengesyorkan komitmen sepenuhnya kepada Brunei DPMM FC

“Saya gembira dengan Brunei DPMM FC dan sangat fokus untuk meneruskan karier saya bersama kelab ini,” ujarnya kepada media dengan tegas.

Menurutnya ini bukan kali pertama beliau dikaitkan bersama mana-mana pasukan dan kelab di rantau ini termasuk PTT Rayong pada tahun 2014 dan katanya berita seperti in sudah menjadi asam garam dalam kehidupannya.

 

ARTIKEL YANG SAMA