Keane akan tinggalkan LA Galaxy

Keane akan tinggalkan LA Galaxy

CARSON, California, 18 Nov – Robbie Keane dijangka akan meninggalkan pasukan LA Galaxy selepas meraih tiga kejuaraan Major League Soccer (MLS) sepanjang tempoh enam musim bersama pasukan tersebut.

Penyerang Galaxy dan juga Ireland itu mengumumkan keputusannya itu semalam. Pemain berusia 36 tahun itu bagaimanapun masih berhasrat untuk terus beraksi dan mengintai “cabaran terakhir dalam pasukan bola sepak”.

Keane adalah antara pemain terbaik Galaxy dan pernah meraih anugerah Pemain Paling Bernilai 2014 selepas berjaya membantu kelabnya meraih kejuaraan pada 2011, 2012 dan 2014.

Dia menyertai Galaxy pada Ogos 2011, selepas kariernya di Eropah yang menyaksikan dia meledak 80 gol bersama Tottenham Hotspur.

Keane mengambil keputusan untuk bersara daripada karier antarabangsa tahun ini namun terlepas hampir sebahagian saingan musim ini akibat kecederaan. – AFP