Keane diragui sertai skuad O’Neill

Keane diragui sertai skuad O’Neill

LONDON, 31 Mei – Robbie Keane (gambar) menghadapi penantian yang menggentarkan untuk melihat sama ada jika dia akan berjaya memasuki skuad Republik Ireland bagi persaingan Euro 2017 selepas direhatkan dalam perlawanan pemanasan terakhir mereka kerana mengalami kecederaan.

Kapten pasukan Republik, Keane mengalami kecederaan otot kaki pada Sabtu lalu dan hanya dapat melihat rakan sepasukannya dari garisan ketika mereka mengadakan latihan semalam menjelang pertemuan persahabatan menentang Belarus di Cork.

Pemain penyerang itu, 35, yang tidak beraksi dalam perlawanan di Ireland yang seri 1-1 menentang Holland pada Jumaat lalu, menerima suntikan dalam menangani masalah itu. Tetapi Martin O’Neill memutukan untuk tidak memberikan risiko kepada bekas bintang Liverpool, Keane dalam perlawanan menentang Belarus, yang berlangsung beberapa jam sebelum pengurus pasukan Republik itu menentukan skuad 23 pemainnya bagi perlawanan yang akan diadakan di Perancis.

“Kami melakukan beberapa latihan pada pagi Sabtu dan dia merasakan kakinya pada akhir latihan, jadi kami hanya melakukannya pada setiap hari,’ O’Neill memberitahu wartawan.

“Dia tidak akan beraksi dalam perlawanan esok. Saya tidak rasa ia begitu bagus. Tetapi seperti yang dikatakannya, penyembuhan cepat jadi kita akan melihat bagaimana keadaannya.”

pg21_160601_c

Dengan masa yang singkat sebelum pasukan Republik itu memulakan kempen mereka menentang Sweden di Paris pada 13 Jun, sebarang kecederaan akan memastikan Keane, yang juga penjaring terbanyak Ireland dengan 67 gol, menjadi satu keraguan. O’Neill akan membuat keputusan sebelum 2300 BST hari ini, tarikh akhir UEFA bagi skuad untuk dihantar, tetapi bertanyakan peluang pemain penyerang LA Galaxy untuk menyertainya, katanya, ”Saya tidak dapat menyatakan ketika ini, tetapi saya rasa dia begitu berharap.

“Dia telah menjalani imbasan dan berharap ia tidak terlalu serius, tetapi cukup untuk meletakkannya dalam bahaya untuk seketika, jadi kami akan melihat keadaannya. Dia menerima suntikan pagi ini dan kami akan melihat bagaimana keadaan apabila ia reda.

“Pertama, saya akan mendapatkan pengemaskinian lebih baik apabila 24 jam seterusnya berlalu. Dia mendapatkan suntikan pagi tadi, jadi dia tidak akan menyertai mana-mana latihan pada hari ini. Saya akan melihat bagaimana keadaannya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA