Kebab percuma sempena Maulud Nabi

Kebab percuma sempena Maulud Nabi

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Dis – Restoran makanan Arab Sugar & Spice di Kiulap, hari ini, telah memberikan shawarma (kebab) ayam percuma kepada orang ramai yang singgah di restoran itu sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Pengurus Sugar & Spice, Mohd Radwan Esbinati dalam temu bual bersama Media Permata berkata, pemberian shawarma ayam ini merupakan sebahagian daripada tradisi tahunan restorannya setiap kali tiba sambutan Maulidur Rasul atau hari pertama Ramadan.

Bagi Mohd Radwan sendiri, pemberian percuma itu juga merupakan satu sedekah daripadanya dan keluarga.

Hari ini sahaja, ujar beliau, restorannya menyediakan lebih 200 ayam shawarma untuk diberikan secara percuma.

Mohd Radwan (kanan) memerhatikan pekerjanya menyediakan shawarma ayam.
Mohd Radwan (kanan) memerhatikan pekerjanya menyediakan shawarma ayam.

ARTIKEL YANG SAMA