Kebajikan anak-anak yatim terus dipeduli

Kebajikan anak-anak yatim terus dipeduli

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Zainor Othman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Kebajikan anak-anak yatim di negara ini terus mendapat perhatian dan pemedulian daripada orang ramai yang mana Tabung Anak-anak Yatim Kebangsaan kendalian Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menerima sumbangan derma daripada sebuah syarikat swasta yang berlangsung di JAPEM, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, kelmarin.

Pada majlis berkenaan, sumbangan berjumlah $7,000 telah dihulurkan oleh Syarikat Arrisya FitnessZone yang diwakili oleh Pengurusnya, Dayang Suraya binti Haji Hussain kepada Pemangku Penolong Pengarah JAPEM, Dayang Nurul Nazurah binti Jaya.

Sumbangan yang dihulurkan itu, merupakan hasil kutipan Sparkling Night Run yang dianjurkan pada 6 Februari lalu.

Dayang Nurul Nazurah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Dayang Suraya berjumlah $7,000.
Dayang Nurul Nazurah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Dayang Suraya berjumlah $7,000.

ARTIKEL YANG SAMA