Kebajikan anak-anak yatim tidak dilupakan

Kebajikan anak-anak yatim tidak dilupakan

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Phytocreepers Direct Sdn Bhd Brunei baru-baru ini telah mengadakan Majlis Bertahlil dan Bersungkai bersama anak-anak yatim bertempat di Restoran Aneka Rasa, Kiulap, di sini.

Seramai 44 orang anak-anak yatim telah pun dijemput hadir untuk menerima sumbangan derma dengan dihadiri oleh keluarga-keluarga Phytocreepers Brunei. Majlis telah pun dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Haji Musa bin Metali selaku pengerusi majlis tersebut.

Seterusnya diikuti dengan bacaan doa dan bertahlil yang diketuai oleh Dr. Kaiyi Haji Mohd Yusuf Sya’rani. Diselajurkan lagi dengan acara penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim oleh Dayang Noripiah binti Drahman dan Hajah Noorhayati binti Haji Lamzi dan para wakil Phytocreepers.

Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Phytocreepers Brunei bergambar bersama anak-anak yatim.
Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Phytocreepers Brunei bergambar bersama anak-anak yatim.
Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Phytocreepers Brunei ketika menghadiri majlis amal itu.
Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Phytocreepers Brunei ketika menghadiri majlis amal itu.
Sebahagian anak-anak yatim bersama ibu mereka yang hadir di majlis tersebut.
Sebahagian anak-anak yatim bersama ibu mereka yang hadir di majlis tersebut.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Awang Faiz Salleh dan rakan niaga dari Phytotech 88 – Phytoscience Kuala Lumpur Malaysia. Alhamdulillah dengan kerjasama antara ahli-ahli Jawatankuasa Phytocreepers Brunei, Majlis Bertahlil dan Bersungkai bersama anak-anak yatim itu berjalan dengan jayanya. Majlis diakhiri dengan doa penutup dan bergambar ramai antara ahli-ahli jawatankuasa majlis bersama anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA