Kebajikan anak yatim terus dipeduli

Kebajikan anak yatim terus dipeduli

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail & Sim Y.H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara, hari ini, menerima sumbangan derma kewangan daripada dua buah syarikat tempatan di majlis yang berlangsung di Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Hadir untuk menerima sumbangan derma itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim selaku Pengerusi Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara.

Derma berkenaan telah disampaikan oleh wakil daripada Syarikat Emas Laut Sdn Bhd, Haji Mohammad Taib bin Haji Abdul Wahab dengan sumbangan derma sebanyak $2,500.

Sementara itu, sumbangan berjumlah $2,500 diterima daripada Syarikat Subtec Laut Sdn Bhd yang diwakili oleh Awang Shah Bollah bin Mohamad Akip.

Manakala itu, Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong juga mendapat perhatian syarikat swasta dan persatuan serta orang persendirian apabila menerima sumbangan derma yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Johan Pahlawan, Jabatan Daerah Tutong, hari ini.

Awang Wardi bergambar ramai bersama para penyumbang derma daripada syarikat swasta, Persatuan Pertubuhan Wanita dan orang persendirian di Daerah Tutong.
Awang Wardi bergambar ramai bersama para penyumbang derma daripada syarikat swasta, Persatuan Pertubuhan Wanita dan orang persendirian di Daerah Tutong.
Awang Misle (2 kiri) bergambar ramai bersama wakil penderma.
Awang Misle (2 kiri) bergambar ramai bersama wakil penderma.

Sumbangan sebanyak $10,515 daripada pihak syarikat-syarikat swasta, Persatuan Pertubuhan Wanita dan orang persendirian di Daerah Tutong telah diterima oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohd Ali.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya dan Pegawai Tugas-Tugas Khas, Jabatan Daerah Tutong, Dayang Siti Joriahati binti Johari.

ARTIKEL YANG SAMA