Kebajikan pesakit diberi perhatian

Kebajikan pesakit diberi perhatian

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 5 Julai – Kebajikan pesakit-pesakit di bawah Bahagian Kebajikan Perubatan, Kementerian Kesihatan terus diberikan perhatian di mana beberapa orang pesakit dari Daerah Tutong turut menerima sumbangan derma dan peralatan perubatan di majlis yang diadakan di rumah-rumah pesakit di Daerah Tutong, hari ini.

Penyampaian sumbangan derma dan peralatan perubatan berkenaan merupakan salah satu kegiatan yang dilaksanakan bagi membantu para pesakit terdiri daripada golongan keluarga kurang berkemampuan dari segi

sosioekonomi yang berdaftar di Bahagian Kebajikan Perubatan, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Sumbangan derma itu dilaksanakan secara serentak di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong di mana bagi rombongan di Daerah Tutong iaitu Zon E diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal), Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Rahmah binti Haji Md Said.

Dr Hajah Rahmah berkunjung ke rumah salah seorang pesakit di Daerah Tutong, Awang Mahmud bin Haji Mohamad di Kampung Perpindahan Bukit Beruang serta menyampaikan sumbangan.
Dr Hajah Rahmah berkunjung ke rumah salah seorang pesakit di Daerah Tutong, Awang Mahmud bin Haji Mohamad di Kampung Perpindahan Bukit Beruang serta menyampaikan sumbangan.

Dalam lawatan itu, Dr Hajah Rahmah berkunjung ke tiga buah rumah pesakit iaitu di Kampung Perpindahan Bukit Beruang, Kampung Kiudang dan Kampung Luagan Duduk, Tutong.

Kegiatan amal itu merupakan salah satu kegiatan tahunan yang diadakan pada setiap bulan Ramadan bagi sama-sama menyemarakkan bulan yang Mubarak serta menjelang Hari Raya Aidilfitri.