Kebajikan saudara baru dipeduli

Kebajikan saudara baru dipeduli

Oleh Normazlina M.D

Gambar oleh Pusat Dakwah Islamiah

TUTONG, 15 Feb – Unit Kebajikan Mualaf, Bahagian Pembangunan Mualaf, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Tutong sekali lagi mengungkayahkan Penyerahan Bantuan Enjin Generator kepada salah seorang saudara baru di Daerah Tutong, pagi tadi.

Hadir menyempurnakan penyerahan enjin generator kepada Dayang Amal Najibah binti Masor @ Morni anak Masor ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof. Majlis berlangsung di rumah kediaman penerima di Kampung Kuala Ungar, Daerah Tutong.

Turut hadir ialah Pengarah PDI, Hajah Siti Azizah binti Haji Musa; Pemangku Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar; Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat dan para pegawai serta kakitangan PDI dan Unit Dakwah Daerah Tutong.

Projek ‘Membina Harapan’ yang melibatkan kerja bergotong-royong membersihkan halaman kediaman penerima.
Projek ‘Membina Harapan’ yang melibatkan kerja bergotong-royong membersihkan halaman kediaman penerima.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bergambar ramai bersama salah seorang penerima bantuan keperluan harian.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bergambar ramai bersama salah seorang penerima bantuan keperluan harian.

Antara objektif bantuan ini adalah sebagai pemedulian Pusat Dakwah Islamiah kepada saudara-saudara baru untuk meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Selesai penyerahan bantuan, program diteruskan lagi dengan ziarah dakwah ke rumah mualaf yang terpilih dalam projek ‘Membina Harapan’ dengan kerjasama Syarikat Brunei Cement (Butra Heidelberg Cement).

Projek ini turut melibatkan kerja bergotong-royong membersihkan halaman dan kawasan kediaman penerima dan sekali gus menyerahkan bantuan keperluan harian kepada mereka.

Penerima berkenaan terdiri daripada Awang Abdul Rashid bin Abdullah Duri @ Ranchit bin Duri dari Kampung Kuala Ungar dan Dayang Roszianah Atiqah binti Abdul Rahman @ Eros anak Pangan dari Kampung Melaboi, Kampung Bukit.

ARTIKEL YANG SAMA