Kebakaran ancam kawasan padat Los Angeles

Kebakaran ancam kawasan padat Los Angeles

LOS ANGELES, 20 Jun (AP) – Satu kebakaran hutan yang tercetus pada Ahad berhampiran pusat bandar Los Angeles, mengancam kawasan padat penduduk, di sebuah kejiranan berbukit di sepanjang lebuh raya ketika cuaca panas meningkatkan bahaya kebakaran di seluruh Barat AS.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di kejiranan Silver Lake selepas ia meranapkan dua buah kediaman, memusnahkan tiga struktur seperti bangsal, membakar halaman dan mengakibatkan pokok-pokok rentung.

Penduduk bertungkus lumus menyediakan hos dan baldi berisi air manakala helikopter yang menyimbahkan air dan berpuluh-puluh anggota bomba menyimbah air dan memadamkan kawasan cenuram bukit untuk mengelakkan api daripada merebak.

Api hanya membakar kawasan seluas lapan ekar namun ia membuatkan penduduk kawasan urban berwaspada terhadap kepanasan, keadaan kering yang membantu kebakaran hutan merebak lebih cepat di beberapa buah kawasan pedalaman dari pesisir California ke New Mexico.

Anggota bomba melihat sebuah helikopter menyemburkan air ke atas api yang marak akibat kebakaran hutan berhampiran Santa Barbara, California. – AP
Anggota bomba melihat sebuah helikopter menyemburkan air ke atas api yang marak akibat kebakaran hutan berhampiran Santa Barbara, California. – AP

Satu kebakaran juga sudah membakar lebih 12 batu di barat Santa Barbara dan masih terkawal, namun ahli bomba bersiap sedia bagi api kembali merebak pada waktu petang dan malam akibat angin yang memarakkan api awal minggu ini, mengancam beratus-ratus rumah dan membawa kepada pemindahan kawasan khemah pesisir pantai popular. Kebakaran hanya separuh dikekang.

Manakala kebakaran baru pada Ahad memaksa pemindahan beratus-ratus penduduk bandar kecil yang didiami kira-kira 600 orang di gurun California berhampiran sempadan mexico.

Di New Mexico pula, kebakaran seluas 28 batu tercetus minggu lalu dan memusnahkan 24 buah rumah di Gunung Manzano selatan Albuquerque sebahagian besarnya tidak dapat dikawal. Namun kelembapan semalam membolehkan ahli bomba mengukuhkan garisan di sekitar api dan mencari titik panas di mana api bole melintasi garisan itu.