Kebakaran ancam puluhan kampung Croatia

Kebakaran ancam puluhan kampung Croatia

ZAGREB, 21 Julai – Berpuluh-puluh penduduk telah dipindahkan dari sebuah perkampungan di selatan Croatia hari ini ketika ahli bomba bergelut untuk mengelak kebakaran hutan daripada merebak ke rumah-rumah, lapor televisyen kerajaan HRT.

Ia mengatakan kebakaran besar telah menyelubungi kampung Trstenik ketika waktu malam di selatan semenanjung Peljesac, salah sebuah rantau yang terkenal di Croatia dengan sumber pertanian anggurnya.

Kebakaran yang memusnahkan lebih dua kilometer panjang itu masih lagi membakar hutan tebal dan ladang anggur pagi hari ini, menurut laporan televisyen.

“Kami sedang berusaha menyelamatkan rumah-rumah, orang ramai telah dipindahkan,” Peter Rasic, pemadam kebakaran memberitahu HRT.

Kebakaran lain di pulau berhampiran Korcula telah memusnahkan 500 hektar hutan pain pagi tadi. – Reuters