Kebakaran bengkel, 12 terbunuh, termasuk 3 kanak-kanak

Kebakaran bengkel, 12 terbunuh, termasuk 3 kanak-kanak

MOSCOW, 1 Feb – Pegawai Rusia menyatakan satu kejadian kebakaran di bengkel tekstil di Moscow telah mengorbankan 12 orang, termasuk tiga kanak-kanak.

Jawatan Penyiasatan, agensi tertinggi penyiasatan negara itu, berkata kebakaran itu berlaku pada lewat Sabtu di timur laut Moscow melanda kawasan seluas 3,000 meter persegi (lebih 32,000 kaki persegi) dan berkemungkinan berlaku diakibatkan oleh perbuatan khianat. Wakil hak asasi kanak-kanak Rusia, Pavel Astakhov, berkata kelmarin dalam akaun Twitternya tiga kanak-kanak adalah dalam kalangan yang telah meninggal, termasuk seorang anak damit. Dia menambah mangsa-mangsa adalah pekerja-pekerja asing yang tinggal berdekatan dengan tempat kerja mereka.

Ia memerlukan puluhan jentera bomba beberapa jam untuk memadamkan kebakaran dan para penyiasat masih meneruskan siasatan di bawah runtuhan bagi mencari bukti. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA