Kebakaran berhampiran hotel delegasi APEC

Kebakaran berhampiran hotel delegasi APEC

LIMA, 17 Nov – Sekurang-kurangnya lima orang maut kelmarin dalam kebakaran di sebuah pusat membeli-belah, tidak jauh dari hotel mewah Lima dimana beberapa delegasi sidang kemuncak perdagangan Asia Pasifik APEC dijangka menginap disana, kata pegawai.

Lima mayat – empat lelaki dan seorang wanita – ditemui berhampiran pawagam pusat membeli-belah itu, dan pencarian untuk mangsa yang lain sedang dijalankan, kata polis.

Api itu berjaya dikawal tetapi anggota bomba masih meneruskan pencarian mangsa yang hilang di tengah-tengah asap tebal, katanya. Kebakaran bermula sekitar 9:45 pagi (1445 GMT) di pusat membeli-belah Larcomar di kawasan ibu bandar Peru, Miraflores.

Pusat membeli-belah itu yang terletak berhampiran tebing mempunyai pemandangan Lautan Pasifik. Dan ia adalah sangat popular dikalangan pelancong dan juga penduduk tempatan. Marriott Hotel yang berhampiran, hanya beberapa langkah daripada kawasan kejadian itu akan menjadi penginapan bagi beberapa delegasi dan tetamu yang menghadiri sidang kemuncak pemimpin forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.

 Asap dari kebakaran yang berlaku di pusat membeli-belah di Lima, Peru, kelmarin. Sekurang-kurangnya lima orang maut kelmarin dalam kebakaran itu. - AP
Asap dari kebakaran yang berlaku di pusat membeli-belah di Lima, Peru, kelmarin. Sekurang-kurangnya lima orang maut kelmarin dalam kebakaran itu. – AP

Laporan mengatakan delegasi yang mengiringi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada sidang kemuncak itu telah merancang untuk menginap di hotel itu. Ketua Polis, Hugo Begazo mengakui bahawa polis Lima telah menghubungi delegasi Amerika Syarikat, dan bekerjasama dalam penyelarasan operasi keselamatan Amerika Syarikat.

Tetapi beliau berkata kebakaran berhampiran dengan hotel itu adalah satu kebetulan. “Ini adalah suatu kejadian yang tidak ada kena mengena dengan APEC,” kata Begazo. Anggota bomba berkata, kebakaran bermula di pawagam yang berada di bahagian bawah pusat membeli-belah itu, dan para pekerja, warga dan pelancong yang ketakutan telah dipindahkan dari kawasan itu. – AFP