Kebakaran besar paksa ribuan dipindahkan

Kebakaran besar paksa ribuan dipindahkan

MONTREAL, 4 Mei (AFP) – Seramai 100,000 penduduk di bandar Fort McMurray, Kanada diarahkan untuk meninggalkan bandar pada lewat Selasa apabila api besar membara melalui rantau pasir minyak, dalam pemindahan terbesar di wilayah Alberta.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini namun stesen-stesen mintak meletus dan sebuah hotel dan tempat letak kereta mengalami kebakaran, menurut media setempat.

Udara dipenuhi dengan asap hitam.

“Saya tahu ia saat yang menakutkan,”perdana menteri Alberta, Rachel Nortley memberitahu dalam satu sidang media.

“Fokus kami pada ketika dalam memastikan keselamatan orang ramai, mengeluarkan mereka dari bandar dan memastikan mereka selamat dan terjamin.”

Kebakaran yang semakin mengganas di kawasan perumahan di bandar Fort McMurray, Kanada. - AP
Kebakaran yang semakin mengganas di kawasan perumahan di bandar Fort McMurray, Kanada. – AP

Pihak berkuasa menggesa para penduduk berpindah ke arah pusat-pusat pemindahan ketika bandar terjejas berikutan dari apa yang Notley gelar pemindahan terbesar wilayah.

“Kesemua tempat Fort McMurray berada di bawah arahan pemindahan mandatori,” umum perkhidmatan kecemasan Alberta, selepas sebelumnya menunjukkan bahawa kebakaran di pinggir utara “semakin merebak.”

Lapangan terbang masih dibuka namun hospital terpaksa ditutup.

“Dapatkan khidmat perubatan jika anda mengalami masalah pernafasan,” menurut khidmat kecemasan.

Barisan panjang kereta menuju ke arah utara di lebuh raya utama bandar itu, sementara api membakar di tepi jalan. Pihak polis telah menutup jalan menuju ke selatan.

“Bersabar, pandu berhati-hati dan mohon beri laluan kepada kereta-kereta kecemasan,” menurut satu notis pemindahan.

Kebakaran itu, yang terkandung sehingga Isnin selatan Fort McMurray, telah berpindah menuju bandar oleh angin 50 km/per jam dan dengan cepat tiba ke kawasan perumahan, lebih-lebih lagi dibantu oleh kemarau di Alberta.

Wilayah itu mencatatkan rekod suhu hampir 30 darjah Celsius.

Keadaan api cepat merebak, dengan kebakaran membentuk di beberapa tempat dan sebab itu memaksa bagi pemindahan di bandar itu.

Bruce Mayer, penolong timbalan menteri pertanian dan perhutanan, berkata sembilan tangki udara, puluhan helikopter dan kira-kira ratusan anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran, dengan pasukan bantuan sedang dalam perjalanan.

Beberapa 160 pegawai polis dikerahkan untuk mengawal pemindahan, menurut Notley.