Kebakaran di gelanggang tengah Wimbledon

Kebakaran di gelanggang tengah Wimbledon

LONDON, 2 Julai (AFP) – Gelanggang tengah Wimbledon telah dikosongkan setelah perlawanan terakhir kelmarin apabila anggota bomba dan polis memberikan maklum balas kepada satu panggilan kebakaran di salah sebuah restoran di stadium tersebut.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian melihat asap keluar berhampiran teres ruang makan.

Van polis dan kereta bomba tiba ke tempat kejadian dan anggota bomba dilengkapi alat pernafasan penuh dilihat melintasi tugu terkemuka Fred Perry ke arah timur ke arena muatan 15,000 orang dan beberapa kakitangan keselamatan juga bergegas ke tempat kejadian membawa pemadam api.

Bomba London berkata mereka telah dihubungi untuk pergi ke tempat bersejarah tenis tersebut, tetapi tidak memberikan maklumat, sementara Polis bandar London berkata mereka juga dihubungi dan insiden tersebut “tidak mencurigakan”.

Kelab All England kemudian mengesahkan bahawa pemindahan kakitangan utama dan media adalah disebabkan kebakaran.

Anggota bomba yang bertugas ketika insiden itu. - AFP
Anggota bomba yang bertugas ketika insiden itu. – AFP

“Kelab All England telah mengesahkan bangunan AGelanggang Tengah telah dikosongkan berikutan insiden pada 8:57 malam yang melibatkan kebakaran kecil dalam bilik jana kuasa bersebelahan dengan Restoran Wingfield,” menurut mereka dalam satu keterangan.

”Insiden tersebut, yang terjadi lebih kurang selepas 60 waktu permainan telah selesai untuk hari tersebut, telah dihadiri oleh Bomba London dan api telah dipadamkan.”

Terdahulu, seorang jurucakap bagi Wimbledon memberitahu AFP “Pemindahan tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard kami” dan tiada kecederaan dilaporkan.