Kebakaran di ...

Kebakaran di Israel berjaya dipadamkan

BAITULMAQDIS, 27 Nov – Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melanda Israel dan penempatan Tebing Barat yang memaksa puluhan ribu meninggalkan rumah mereka dan menahan lebih daripada 20 orang, kata pihak berkuasa hari ini. “Tiada kawasan aktif terbakar lagi,” kata jurucakap bomba dan penyelamat Yoram Levy memberitahu AFP. “Sejak malam tadi ia agak tenang, kita tidak mempunyai aktiviti kebakaran terbaru.”

Anggota bomba Israel sejak Selasa lalu telah berjuang memadamkan kebakaran hutan di seluruh negara itu dimana pada hari Khamis ia telah melanda bandar utama Haifa, memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Pesawat memadam kebakaran dari Israel dan negara-negara lain termasuk Rusia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol dan Kanada bertungkus lumus dalam memadamkan kebakaran itu. Palestin juga menyertai usaha operasi pemadaman dengan menghantar 41 anggota bomba dan lapan trak.

Pihak berkuasa Israel mengesyaki bahawa sebahagian daripada kebakaran itu berkemungkinan berlaku dari jenayah yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin. Polis telah menahan 23 orang yang disyaki kerana membuat pembakaran dan menyoal siasat tujuh lainnya. – AFP

Gambar fail 25 November 2016 menunjukkan anggota bomba Palestin memadamkan kebakaran di Haifa, Israel. – AP
Gambar fail 25 November 2016 menunjukkan anggota bomba Palestin memadamkan kebakaran di Haifa, Israel. – AP