Kebakaran di Paris ragut 3 nyawa

Kebakaran di Paris ragut 3 nyawa

SAINT-DENIS, Perancis, 7 Jun – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan dua lagi cedera parah dalam kebakaran ba-ngunan di pinggir bandar Paris semalam, menurut pasukan pemadam kebakaran.

Seramai sembilan orang mengalami kecederaan ringan berikutan kebakaran di Saint-Denis, di utara ibu negara Perancis, kata seorang jurucakap.

Anggota bomba di tempat kejadian tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa yang ditemui dalam runtuhan itu disebabkan oleh kebakaran yang berlaku itu sangat teruk, kata jurucakap itu.

Dua mangsa yang cedera telah melompat keluar dari bangunan empat tingkat untuk melarikan diri, walau bagaimanapun mereka tidak berada dalam keadaan kritikal, satu kenyataan yang disiarkan oleh Perkhidmatan Bomba Paris dan wilayah Seine-Saint-Denis.

Anggota bomba ketika operasi memadam kebakaran di bangunan tersebut semalam. Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan dua lagi cedera parah dalam kebakaran bangunan di pinggir bandar Paris itu. - AFP
Anggota bomba ketika operasi memadam kebakaran di bangunan tersebut semalam. Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan dua lagi cedera parah dalam kebakaran bangunan di pinggir bandar Paris itu. – AFP

“Tingkat empat bangunan itu runtuh di atas tingkat ketiga dan tangga itu masih lemah,” kata jurucakap Perkhidmatan Bomba.

Kebakaran itu dilaporkan pada kira-kira 19:30 waktu tempatan (2130 GMT) dan telah berjaya dikawal pada jam 10.30 malam.

“Kita tidak tahu di mana kebakaran bermula,” kata Timbalan Datuk Bandar Stephane Peu ketika memberitahu AFP selepas melawat tempat kejadian.

Bangunan ini berada di tengah-tengah Saint-Denis dan belum ditandakan sebagai bangunan tidak selamat, katanya. – AFP