Kebakaran elektrik berjaya dikawal

Kebakaran elektrik berjaya dikawal

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Kebakaran yang berpunca dari kebakaran elektrik berjaya dikawal sebelum merebak dan membakar sebuah rumah di Kampung Kiulap, hari ini, di sini.

Kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu berpunca daripada kerosakan ELCB dan berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada pukul 2:30 petang dan mengerah sebuah jentera bomba bersama lima orang anggota yang diketuai oleh ASO Haji Mohammad bin Tarip.

Tiada kecederaan mahupun korban jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

ARTIKEL YANG SAMA