Kebakaran hospital menyebabkan 28 pesakit dipindah

Kebakaran hospital menyebabkan 28 pesakit dipindah

KOTA KINABALU, 11 Julai – Kebakaran di bilik kawalan kuasa sebuah hospital swasta di sini pagi tadi memaksa 28 pesakit dipindahkan ke blok bangunan lain.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, pada peringkat awal anggotanya mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran di Hospital Pakar KPJ Damai di sini, yang berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi itu, kerana asap terlalu tebal.

“Operasi pemadaman tamat pada pukul 8.17 pagi dan pasukan bomba serta pihak hospital membuat pengosongan bangunan kerana asap tebal yang memasuki premis itu,” tambah kenyataan tersebut.

Bilik kawalan kuasa itu terbakar 90 peratus dan dipercayai berpunca akibat litar pintas.

Menurut kenyataan itu lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Bernama