Kebakaran hutan, 5,000 tinggalkan kediaman

Kebakaran hutan, 5,000 tinggalkan kediaman

LOS ANGELES, 6 Jun – Kebakaran hutan berhampiran Los Angeles memaksa lebih 5,000 orang di kawasan kediaman mewah Calabasas yang menempatkan ramai selebriti, termasuk ahli keluarga Kardashian, terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

Pasukan Bomba berkata, kebakaran tercetus tengah hari kelmarin dan setakat semalam, hampir 200 hektar kawasan sudah dijilat api.

Dua rumah rosak dan sebuah bangunan komersial musnah manakala setakat ini belum ada laporan penduduk awam tercedera.

Anggota Bomba Los Angeles sedang memadam kebakaran di sepanjang Mulholland Highway semalam di Calabasas, California. Kira-kira 5,000 orang telah dipindahkan dari Brushfire yang dilanda kebakaran lebih daripada 500 ekar berhampiran Los Angeles. – AFP

Dua anggota bomba pula cedera ringan sementara seorang lagi mengalami masalah jantung ketika melakukan operasi mencegah kebakaran.

Dikhuatiri api semakin marak sehingga merebak ke Topanga Canyon, sebuah kawasan kediaman di utara Los Angeles yang menghadap pantai Malibu ekoran suhu harian mencecah 30 darjah celsius. – AFP