Kebakaran hutan Indonesia antara yang paling buruk

Kebakaran hutan Indonesia antara yang paling buruk

JAKARTA, 2 Okt (AFP) – Kebakaran hutan yang menyelubungi Asia Tenggara dengan jerebu yang melemaskan bakal menjadi antara yang paling teruk pernah dicatatkan, NASA memberi amaran, dengan musim kering berpanjangan menjejaskan usaha untuk membendung krisis yang berterusan hampir dua dekad.

Malaysia, Singapura dan kawasan luas Indonesia terjejas selama berminggu-minggu dari kepulan-kepulan asap yang menusuk hidung akibat dari kebakaran di ladang-ladang dan tanah gambut yang dibersihkan secara haram dengan pembakaran.

Meskipun krisis mencengkam rantau i hampir setiap tahun ketika musim kering, para ahli sains meramalkan letusan pada masa ini boleh mengatasi tahap 1997, apabila kebakaran hutan yang tidak terkawal mengakibatkan pencemaran meningkat kepada ketinggian yang belum pernah dicatatkan dalam bencana persekitaran yang mengakibatkan kerugian kira-kira USD$9 bilion.

Tekanan ke atas Indonesia dari jiran-jirannya semakin bertambah hebat tahun ini ketika kebakaran berterusan, dengan Jakarta menghantar lebih 20,000 orang tentera, polis, dan kakitangan lain untuk mengawal kebakaran melalui semburan air dan turunan hujan cetusan secara kimia.

Sistem cuaca El Nino telah menjadikan keadaan semakin kering daripada biasa di Indonesia, tetapi pihak berkuasa mengharapkan hujan yang lebih diperlukan akan turun dalam tempoh sebulan untuk akhirnya memadamkan kebakaran.

ARTIKEL YANG SAMA