Kebakaran hutan jejas KDNK Kanada

Kebakaran hutan jejas KDNK Kanada

OTTAWA, 2 Sept – Kebakaran hutan di rantau pasir minyak Kanada yang menjejas pengeluaran telah memusnah ekonomi negara, sekali gus mencetuskan kemerosotan suku terbesar dalam KDNK dalam tujuh tahun, menurut angka kerajaan yang dikeluarkan hari ini.

Keluaran dalam negara kasar merosot pada kadar tahunan sebanyak 1.6 peratus pada suku kedua di tengah kelemahan dalam harga minyak, kata Statistik Kanda. Ia adalah kemerosotan terbesar dalam KDNK sejak 2009, tetapi hanya lebih besar sedikit berbanding apa yang diramalkan oleh penganalisis.

Agensi statistik kerajaan merujuk kepada kemerosotan besar dalam pengeluaran minyak tatkala 100,000 penduduk Fort McMurray dan bangunan berhampiran di tengah rantau pasar minyak Alberta dipindahkan pada Mei untuk melepaskan diri daripada kebakaran hutan.

Pengeluaran minyak dikurangkan sebanyak kira-kira 1.2 bilion tong sehari pada masa apabila ekonomi Kanada masih menyesuaikan diri dengan krisis 2014 yang mendorong harga minyak mentah merosot daripada AS$100 satu tong kepada kurang AS$50.

Pengeluar yang membekal jentera industri ke sektor minyak turut terjejas. Penganalisis berkata mereka sedang menjangkakan kesan daripada krisis paling teruk dalam sejarah Kanada, ekoran amaran daripada bank pusat. Kanada adalah pengeluar minyak keenam terbesar di dunia.

Tidak termasuk minyak dan kesan kebakaran hutan, ekonomi Kanada bertumbuh sedikit pada suku kedua. Secara perbandingan, ekonomi Amerika Syarikat, rakan perniagaan terbesar Kanada, bertumbuh 1.2 peratus dalam tempoh yang sama. Bagaimanapun, ramai pemerhati, berasa terkejut juga melihat satu kemerosotan sebanyak 4.5 peratus dalam eksport Kanada pada suku itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA