Kebakaran hutan Kanada semakin mengganas

Kebakaran hutan Kanada semakin mengganas

EDMONTON, Kanada, 5 Mei (AFP) – Kebakaran hutan yang membara berterusan di bandar minyak Kanada, Fort McMurray hari ini selepas lebih 80,000 orang terpaksa lari meninggalkan kawasan itu, meninggalkan kawasan yang terbakar dalam pemindahan kelam kabut. Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan daripada kebakaran besar itu, yang telah memusnahkan rantau minyak Alberta ekoran angin kencang, cuaca panas dan kering.

Tapi pihak berkuasa memberi amaran bahawa 24 jam akan datang kritikal bagi ketahanan bandar itu.

Sementara itu arahan pemindahan mandatori dikeluarkan bagi dua buah lagi bandar Alberta – High Level, didiami 4,000 orang yang terletak kira-kira 350 kilometer barat laut Fort McMurray dan Lac Ste Anne, sebuah komuniti yang mempunyai beberapa ratus orang yang terletak kira-kira 100 kilometer timur Edmonton, bandar wilayah. Amaran kewaspadaan telah ditarik balik kemudian di Lac Ste Anne.

Di Fort McMurray, kebakaran pada lewat semalam telah memaksa pengosongan Saprae Creek, kawasan timur lapangan terbang bandar itu, yang sehingga kini terlepas dari bahaya. Meskipun pihak bomba telah bergerak keluar.

Para penduduk Fort McMurray berpusu-pusu untuk berpindah ke luar kota. – AP
Para penduduk Fort McMurray berpusu-pusu untuk berpindah ke luar kota. – AP

“Kebakaran ini benar-benar memusnahkan,” kata Perdana Menteri Justin Trudeau. “Ia mengakibatkan kehilangan besar yang sukar kebanyakan kita bayangkan.”

Penerbangan dari Fort McMurray bermula sejurus sebelum tengah malam Selasa lalu apabila perkhidmatan kecemasan Alberta meletakkan bandar yang dihuni oleh 100,000 orang itu di bawah arahan pemindahan mandatori.

Gambar-gambar menunjukkan pokok-pokok terbakar berhampiran lebuh raya dengan keadaan lalu lintas begitu sesak, sementara asap tebal menjulang naik ketika kebakaran membakar bangunan-bangunan.

Datuk Bandar Melissa Blake berkata ramalan tentang apa yang akan berlaku bukan hanya menjadi kenyataan tetapi lebih teruk dari yang dibayangkan.