Kebakaran hutan landa California

Kebakaran hutan landa California

CLEARLAKE, Amerika Syarikat, 3 Ogos (AFP) – Beribu-ribu anggota pemadam semalam berhempas pulas memadamkan kebakaran hutan di California yang dilanda kemarau, di mana para pegawai memindahkan keseluruhan kejiranan dan menutup lebuh raya di kawasan laluan yang terbakar, yang setakat ini sudah meragut sekurang-kurangnya satu jiwa.

Kira-kira 6,000 buah rumah dikosongkan ketika 21 kawasan hutan dijilat api di negeri barat Amerika Syarikat tersebut, yang mengalami kemarau paling teruk dalam sejarah.    Sejumlah 49,000 hektar kawasan tanah sudah ranap terbakar setakat ini, menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri.

Pejabat Gabenor Jerry Brown berkata kira-kira 9,600 orang bertungkus lumus memadamkan kebakaran sejak awal semalam.

Kilat di siang hari mencetuskan kebanyakan kebakaran, sementara punca kebakaran yang lain masih belum diketahui. Bagaimanapun pihak berkuasa berkata mereka tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah.

ARTIKEL YANG SAMA