Kebakaran hutan Perancis merebak

Kebakaran hutan Perancis merebak

PERANCIS, 27 Julai (AFP) – Satu kebakaran hutan di barat daya Perancis telah sekali lagi membara petang kelmarin disebabkan keadaan angin kuat, meskipun usaha untuk memadamkan kebakaran yang dikatakan antara paling teruk di negeri itu dipertingkatkan.

Kebakaran yang meletus sejak petang Jumaat dan merebak dengan cepat disebabkan angin, sekarang telah menelan hampir 550 hektar kawasan bersamaan dengan kira-kira 550 padang ragbi yang diliputi hutan pine di pinggir barat bandar Bordeaux.

Beberapa 650 ahli bomba dan pasukan lain telah dikerahkan, di kalangan mereka pasukan bantuan dari seluruh Perancis, tatkala Menteri Dalam Negeri Bernard Cazeneuve melawat pusat operasi bomba itu kelmarin pagi.

Tujuh pesawat pemadam api membantu usaha darat petang kelmarin.

Bagaimanapun angin yang sekuat 50 km per jam meniup api tersebut, pegawai polis Pierre Dartout berkata.

Presiden Perancis Francois Hollande (kanan) berjabat tangan dengan ahli-ahli bomba di pusat operasi bomba. – AFP
Presiden Perancis Francois Hollande (kanan) berjabat tangan dengan ahli-ahli bomba di pusat operasi bomba. – AFP

“Api itu sekali lagi merebak,” dia memberi amaran.

“Ia merupakan kebakaran yang rumit,” ketua bomba tempatan Jean-Paul Decellieres berkata.

“Ia kembali membara bergantung pada hala tuju angin,” tambahnya, memberi amaran ia akan mengambil masa beberapa hari lagi sebelum api tersebut berjaya dipadamkan.

Punca kebakaran api tersebut masih belum dikenal pasti walaupun siasatan polis sedang dijalankan.

Kebanyakan kawasan Perancis kini mengalami satu kemarau dan beberapa kebakaran membara Jumaat lalu di hutan pain di barat dan selatan bandar Bordeaux.

Ladang-ladang anggur rantau tersebut kebanyakannya terletak di kawasan timur dan utara bandar tersebut, dengan pihak berkuasa negara mengatakan cuaca panas dan kering setakat telah menolong pembesaran anggur-anggur, walaupun penuaian dijangka menurun sedikit tahun lepas.