Kebakaran Kanada tidak terkawal

Kebakaran Kanada tidak terkawal

FORT MCMURRAY, 8 Mei (AFP) – Saiz kebakaran hutan yang keterlaluan yang mencetuskan kebinasaan di Kanada dua kali ganda semalam dan para pegawai memberi amaran bahawa situasi di rantau minyak Alberta ‘tidak dapat diramalkan’ dan berbahaya’.

“Kebakaran terus besar, tidak terkawal dan berbahaya,” Menteri Keselamatan Awam Ralph Goodale berkata tentang saiz kebakaran yang lebih besar daripada saiz London yang memaksa pengosongan bandar Fort McMurray.

Angin menolak kebakaran ke timur kawasan bermulanya kebakaran sekitar bandar minyak itu lewat semalam ketika hampir kesemua 25,000 orang yang masih terperangkap ke utara akhirnya meninggalkan bandar itu, sama ada diangkat melalui udara atau konvoi di jalan raya.

Kebakaran hutan dua kali ganda saiznya dalam sehari, meliputi lebih 200,000 hektar menjelang waktu tengah malam dan terus bertambah, Agensi Pengurusan Kecemasan Alberta berkata dalam kemas kini lewat semalam.

“Keadaan kebakaran masih teruk,” menurutnya.

Keadaan di pusat pemindahan bagi menempatkan para penduduk Fort McMurray. - AP
Keadaan di pusat pemindahan bagi menempatkan para penduduk Fort McMurray. – AP

Cuaca tinggi, rendah kelembapan hampir 30 darjah Celsius dan angin bertiup kencang 40 kilometer di hutan dan belukar mengering akibat kemarau dua bulan menyebarkan lagi kebakaran.

Dalam berita yang samar-samar positif, pihak berkuasa masih mencatatkan tidak ada kematian wang berkaitan langsung dengan kebakaran yang bermula hampir seminggu lalu.

Udara lebih sejuk dan lembap dengan beberapa peluang turunan hujan boleh membantu memperlahankan kebakaran pada hari-hari mendatang, menurut pengarah Perkhidmatan Bomba Alberta, Chad Morrison.

Bagaimanapun, ‘kita perlukan hujan lebat,” dia memberi amaran. “Hujan tidak mencukupi.”

Satu-satunya ‘berita baik’, ujarnya ialah angin menolak api jauh dari Fort McMurray dan tapak pengeluaran minyak ke timur laut, yang memberikan kurang ancaman kepada orang ramai meskipun mengakibatkan kerosakan serius pada persekitaran.

Kerajaan telah mengisytiharkan keadaan kecemasan di Alberta, sebuah wilayah yang saiznya adalah saiz Perancis yang terletaknya salah sebuah perindustrian minyak paling mantap di dunia.