Kebakaran lagi di hotel jemaah

Kebakaran lagi di hotel jemaah

MEKAH, Arab Saudi, 21 Sept (AFP) – Satu kebakaran telah memaksa kira-kira 1,500 orang keluar dari hotel mereka di bandar Mekah, Saudi hari ini ketika beratus ribu orang berkumpul bagi menunaikan haji di tanah suci itu, menurut jabatan pertahanan awam.

Empat jemaah haji Yaman mengalami cedera ringan berikutan kebakaran pada waktu subuh di hotel 15 tingkat, laporan agensi berita kerajaan SPA memetik jabatan berkenaan sebagai berkata.

Siasatan awal mendapati litar pintas berlaku di sebuah bilik sehingga mengakibatkan kebakaran, katanya.

Para tetamu hotel berkenaan di antara jemaah yang hampir dua juta dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan haji, yang bermula secara rasminya pada esok (Selasa).

Haji merupakan acara paling besar di dunia yang termaktub salah satu rukun Islam yang lima dan dikerjakan sekurang-kurangnya sekali bagi setiap umat Islam yang mampu melakukannya.

Pada Khamis kira-kira 1,000 jemaah Asia telah dipindahkan dari hotel mereka di Mekah selepas kebakaran meletus. Dua jemaah Indonesia mengalami kecederaan.

Haji pada sedekad yang lalu, hampir bebas insiden namun beberapa hari yang lalu sekitar 108 orang termasuk jemaah luar negara telah meninggal dunia apabila sebuah kren pembinaan tumbang di Masjid Utama, Mekah.

ARTIKEL YANG SAMA