Kebakaran masjid di Houston disengajakan

Kebakaran masjid di Houston disengajakan

HOUSTON, 27 Dis – Penyiasat di Houston, Texas mengesahkan bahawa kebakaran di sebuah masjid kelmarin adalah perbuatan yang disengajakan, ketika sentimen Islamofobia semakin menular di Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Bomba Houston menyatakan kebakaran di Islamic Society of Greater Houston diklasifikasikan sebagai disengajakan.

Kebakaran itu dilaporkan sekitar 2.45 petang waktu tempatan pada hari Krismas dan menyebabkan kerosakan ketara.

Tiada yang tercedera dalam kejadian itu tetapi terdapat kira-kira 200 orang dalam masjid sejam sebelum kebakaran bermula.

Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan AS sebelum ini berkata kebakaran itu mempunyai beberapa titik mula dan kelihatan mencurigakan.

Jabatan Polis Houston dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut menyiasat punca kebakaran itu. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA