Kebakaran musnah koleksi muzium

Kebakaran musnah koleksi muzium

NEW DELHI, 26 April – Satu kebakaran besar telah memusnahkan muzium sejarah alam semula jadi di bandar India hari ini sehingga menghapuskan spesimen flora dan fauna yang luar biasa, menurut menteri alam sekitar India.

Kebakaran meletus semalaman di lantai keenam bangunan itu yang menempatkan muzium di tengah Delhi dan dengan pantas merebak ke lantai lain, menurut pegawai bomba.

Seramai 35 ahli bomba berjuang selama berjam-jam untuk memadam kebakaran dan lima daripadanya telah dibawa ke hospital akibat terhidu asap kebakaran, menurut pegawai jabatan bomba kepada AFP.

Menteri Alam Sekitar, Prakash Javadekar mengatakan para pegawai belum lagi menentukan takat kerosakan namun koleksi-koleksi lama telah musnah.

“Ia adalah kerugian sebenar. Kerugian ini tidak dapat dinilai dari segi wang. Beberapa daripadanya adalah spesies flora dan fauna yang sudah lama dan jarang ditemui,” Javadekar memberitahu para wartawan di luar muzium.

Dia juga mengarahkan keselamatan audit segera bagi 34 muzium besar lainnya di negara itu. Muzium itu, yang dirasmikan pada 1978, mengandungi spesimen kupu-kupu, katak, ular, cicak serta spesimen harimau dan harimau bintang yang diawet.

Kebakaran sering berlaku dalam bulan-bulan musim panas di seluruh India, dengan lintar pintas di bangunan usang sering mencetuskan kebakaran. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA