Kebakaran musnahkan lebih 90 rumah

Kebakaran musnahkan lebih 90 rumah

KOTA KINABALU, 24 Mei (Bernama) – Lebih 90 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bosong, Likas malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.02 malam sebelum 30 anggota bersama lima jentera bergegas dan sampai di tempat kejadian pada jam 8.14 malam.

Katanya, kawasan kebakaran melibatkan keluasan kira-kira 2.5 hektar itu, sukar dimasuki bomba berikutan kedudukan rumah yang berhampiran antara satu sama lain.