Kebakaran penjara ragut 5 jiwa

Kebakaran penjara ragut 5 jiwa

JAKARTA, 27 Mac (dpa) – Lima orang banduan mati dalam satu kebakaran yang tercetus semasa satu rusuhan penjara di barat Indonesia, media tempatan melaporkan.

Rusuhan berlaku apabila pegawai antinarkotik menggeledah sel seorang ketua dadah yang disabit kesalahan di Penjara Malabero di Bengkulu, pulau Sumatera lewat Jumaat lalu, agensi berita online liputan6 melaporkan

Pegawai merampas satu beg methamphetamine dan membawa banduan itu pergi, menyebabkan beratus-ratus banduan lain merusuh dan melepaskan diri dari sel mereka, menurut laporan.

Kebakaran bermula dalam sel yang digeledah, menurut laporan. Lebih daripada 250 banduan dipindahkan ke penjara wilayah jiran, namun lima orang banduan didapati terbakar sehingga mati selepas api berjaya dipadamkan menjelang tengah malam.