Kebakaran talian paip minyak ragut 1 jiwa

Kebakaran talian paip minyak ragut 1 jiwa

MEXICO CITY, 24 Dis (Reuters) – Sekurang-kurangnya seorang maut dalam kebakaran berhampiran talian paip milik syarikat minyak Pemex Mexico, manakala tujuh yang lain cedera lewat malam Selasa, menurut perkhidmatan kecemasan tempatan kelmarin.

Kebakaran itu dapat dikawal tanpa menjejaskan talian paip, kata Pemex menerusi akaun Twitternya pada Selasa, menambah bahawa tidak ada yang cedera itu pekerja Pemex.

Kebakaran itu jelasnya bermula di kawasan yang digunakan untuk menyimpan minyak yang dicuri, berhampiran bandar Huimanguillo di negeri selatan Tabasco, kata Pemex menerusi akaun Twitternya lewat Selasa.

Ivan Martinez, penyelaras perkhidmatan kecemasan di negeri Tabasco, memberitahu televisyen tempatan bahawa mereka menemui mayat terbakar di tempat kejadian. Tambahnya lagi, kebakaran itu dapat dikawal dalam masa beberapa jam.

Syarikat minyak itu sering berdepan dengan kebakaran yang bermula apabila talian paipnya sering dicuri.

Pemex mengakui yang pekerjanya, bekas pekerjanya, kartel dadah dan orang yang terlibat menjual minyaknya dan ia telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kecurian.

Pemex pada November mengatakan ia mengurangkan kadar kemalangan tahunan pada tahun lepas lebih 33 peratus.

Bagaimanapun, siasatan Reuters pada awal tahun ini mendapati Pemex telah mengurangkan kadar kemalangannya dengan memasukkan jam bekerja kakitangan pejabat dalam pengiraannya.

ARTIKEL YANG SAMA