Kebakaran wad materniti ragut 13 kanak-kanak dilakukan secara sengaja

Kebakaran wad materniti ragut 13 kanak-kanak dilakukan secara sengaja

BAGHDAD, 14 Ogos – Satu kebakaran telah meragut jiwa 13 kanak-kanak di wad materniti Iraq kelihatannya dicetuskan dengan sengaja, kata jurucakap kementerian kesihatan hari ini.

Ahmed al-Rudeini sebelumnya berkata kebakaran pada Rabu di Hospital Yarmuk, salah sebuah kemudahan utama di Baghdad, telah dicetuskan akibat kerosakan elektrik.

Namun siasatan mendapati ‘kehadiran bahan mudah terbakar di tempat kejadian itu, dan perkara itu menunjukkan adanya berlaku pembakaran sengaja,” katanya, juga meningkatkan jumlah kematian akibat kebakaran itu kepada 13 daripada sebelumnya 12 orang.

Banyak hospital-hospital awam Baghdad kurang diselenggarakan dengan baik dan menawarkan penjagaan kesihatan substandard, memaksa beberapa warga Iraq mencari rawatan persendirian atau ke seberang laut.

Kekurangan perkhidmatan awam yang mencukupi, seperti penjagaan perubatan berkualiti, elektrik dan bekalan air, serta rasuah berleluasa di negara itu, telah menyebabkan kemarahan dan membawa kepada siri bantahan sejak beberapa tahun yang sudah. – AFP