Kebangkitan kumpulan IS, Jeb Bush salahkan Hillary

Kebangkitan kumpulan IS, Jeb Bush salahkan Hillary

WASHINGTON, 12 Ogos – Calon presiden Republikan Jeb Bush semalam membidas Hillary Clinton, calon Demokrat kerana pengendaliannya ke atas Iraq ketika menjadi Setiausaha Negara, sambil mengatakan beliau mesti menanggung sama kesalahan di atas kebangkitan militan Negara Islam (IS), dalam permulaan persaingan pilihan raya umum pada tahun 2016.

Iraq adalah topik rumit bagi Bush, memandangkan kekecewaan yang masih dirasakan oleh kebanyakan rakyat Amerika Syarikat tentang rasionalnya serangan diketuai AS ke atas Iraq yang diarahkan oleh abangnya, bekas Presiden George W Bush pada tahun 2003.

Menyedari kebimbangan itu, Jeb Bush menggunakan ucapan di perpustakaan presiden Ronald Reagan untuk tidak memikirkan masa lalu tetapi melakar laluan masa hadapan bagi AS di rantau itu yang lebih berpengaruh dari apa yang disifatkannya “pendekatan konservatif peningkatan bertambah.”

Beliau berkata akan mengerah beberapa pasukan AS di Iraq sebagai “pengesan” hadapan untuk membantu mengenal pasti sasaran musuh, satu langkah yang ditentang oleh Presiden Barack Obama kerana bimbang itu akan mengakibatkan penglibatan mendalam Amerika di Iraq dan Syria.

Jeb Bush berkata beliau akan bersedia untuk menimbangkan pertambahan kecil dalam tentera AS melewati bilangan yang sudah pun ada di sana dan mengerahkan sebilangan tentera AS dengan unit Iraq seperti yang dilakukan oleh pasukan Kanada.

Gambar fail bertarikh 6 Ogos 2015 menunjukkan bekas Gabenor Arkansas Mike Huckabee (kanan) mendengar hujah bekas Gabenor Florida Jeb Bush (kiri) pada perdebatan bakal calon presiden Republikan di Quicken Loans Arena di Cleveland, Ohio. – AFP
Gambar fail bertarikh 6 Ogos 2015 menunjukkan bekas Gabenor Arkansas Mike Huckabee (kanan) mendengar hujah bekas Gabenor Florida Jeb Bush (kiri) pada perdebatan bakal calon presiden Republikan di Quicken Loans Arena di Cleveland, Ohio. – AFP

“Buat masa ini, kami mempunyai kira-kira 3,500 orang tentera dan marin di Iraq dan lebih ramai lagi mungkin diperlukan. Kita tidak perlu, dan rakan-rakan kita tidak meminta, komitmen besar pasukan gempur Amerika,” ujarnya.

Beliau akan memberikan lebih banyak sokongan kepada pihak Kurdis anti Kumpulan IS dan bekerjasama dengan sekutu-sekutu serantau untuk mengisytiharkan zon larangan terbang di Syria untuk menangani pasukan Presiden Syria Hafez al-Assad dan pengaruh Iran.

Kritikan Bush terhadap peranan Hillary dalam peristiwa yang membawa kepada pengunduran pasukan tentera AS pada tahun 2011 adalah sejajar dengan apa yang ditegaskan oleh pihak Republikan dan semua perjalanannya ke seluruh dunia sebagai setiausaha negara penggal pertama Obama dari tahun 2009 hingga 2013, dia memperlihatkan rasa tidak suka pergi ke Iraq.

“Dalam kesemua perjalanan yang mencipta rekod, dia singgah di Iraq hanya sekali,” kata Bush.

Bidasan dibuat selepas berminggu yang mana persaingan Republikan telah didominasi oleh telatah Donald Trump dan mengalihkan tumpuan dari isu-isu dasar serius yang dibahaskan oleh Bush dan saingannya bagi pencalonan presiden Republikan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA