Kebanyakan saham Asia menurun

Kebanyakan saham Asia menurun

HONG KONG, 5 Okt – Jangkaan bahawa AS akan menambah kadar faedah dan EU juga akan memperketat dasar mata wang menjejaskan kebanyakan pasaran saham Asia hari ini, namun Tokyo mencatat pemerolehan untuk kali ketiga berturut-turut kerana yen yang lebih lemah membantu pengeksport.

Dolar meneruskan pemulihan pada minggu ini berbanding mata wang global, termasuk mencatat tahap tinggi tiga dekad berbanding pound.

Pelabur diberikan petunjuk lemah oleh rakan AS mereka selepas komen daripada dua pegawai Simpanan Persekutuan mencetuskan spekulasi bahawa ia akan menaikkan kos pinjaman sebelum akhir tahun.

Desas-desus mengenai satu pertambahan kembali selepas data pada minggu lalu menunjukkan aktiviti ki-
lang AS berpulih pada September, sementara lantai perdagangan dewan niaga bersedia untuk menerima laporan pekerjaan pada Jumaat.

Semalam, presiden Persekutuan Cleveland Loretta Mester berkata beliau melihat kes yang kukuh untuk kenaikan kadar pada November. Mereka disusuli oleh ketua Persekutuan Richmond Jeffrey Lacker, yang berkata satu kenaikan diperlukan untuk mengelak pertambahan dalam inflasi yang mungkin membawa kepada kenaikan kadar mendadak kemudian.

“Satu kenaikan kadar pada Disember nampaknya hampir pasti, dan ia kelihatan seolah-olah ia mungkin disusuli oleh dua lagi kenaikan kadar pada tahun depan dan bukannya satu,” beritahu ahli strategi senior di SMBC Nikko Securities, kepada Bloomberg News.

Bloomberg juga memetik pegawai Bank Pusat Eropah semalam sebagai berkata timbulnya “persetujuan tidak formal” bahawa ia harus mengurangkan program pembelian bon berjumlah 10 bilion euro secara berperingkat-peringkat.

Berita dari Eropah dan AS keluar tatkala penganalisis mengingatkan wang murah bertahun-tahun lama-nya mungkin akan berakhir, dengan ekonomi AS berpulih.

Desas-desus mengenai kadar AS yang lebih tinggi merangsang dolar minggu ini dan hari ini ia mencecah 103 yen pada pagi sebelum merosot kepada 102.90 yen, naik sedikit daripada tahapnya di New York.

Dolar juga naik lebih tinggi berbanding mata wang Asia Pasifik, termasuk dolar Australia, won Korea Selatan, rupiah Indonesia dan ringgit Malaysia. – AFP