Kebebasan akhbar Nepal terancam

Kebebasan akhbar Nepal terancam

KATHMANDU, 25 Sept – Seorang wartawan tempatan terkenal yang membantu menganjur satu perhimpunan wartawan siasatan dari seluruh Asia di Nepal tidak hadir pada acara itu, hidup dalam buangan untuk mengelak daripada ditahan.

Wartawan dan penerbit Kunda Dixit, yang menubuhkan Pusat Nepal untuk Kewartawanan Siasatan, sedang disiasat oleh Suruhanjaya untuk Penyiasatan Penyalahgunaan Kuasa.

Pengarah eksekutif Rangkaian Kewartawanan Siasatan Global David Kaplan, yang bekerja dengan Dixit selama lebih setahun untuk membawa lebih daripada 350 wartawan dari 50 buah negara ke Nepal pada hujung minggu ini, berkata Dixit sedang disasarkan untuk didakwa dan ditahan oleh pegawai Nepal, sekali gus menekankan isu yang lebih membimbangkan mengenai kebebasan berakhbar.

“Beliau melarikan diri dari Nepal beberapa minggu sebelum persidangan ini disebabkan usaha memburu di mana beliau berasa takut untuk ditahan dan dipenjarakan jika beliau kembali ke sini,” kata Kaplan. “Kunda ialah salah seorang wartawan terbaik kami dan kami berada di sini disebabkan beliau. Kami semua akan meneruskan perjuangan Kunda.”

Jurucakap kementerian dalam negeri Nepal Yadav Koirala berkata isu Dixit tidak ada kaitan dengan kerajaan keseluruhan dan hanya membabitkan Suruhanjaya untuk Siasatan Penyalahgunaan Kuasa. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA