Kebebasan laut bukan ‘untuk direbut’ – Swift

Kebebasan laut bukan ‘untuk direbut’ – Swift

SYDNEY, 6 Okt (Reuters) – Beberapa negara nampaknya menganggap kebebasan laut sebagai sesuatu ‘untuk direbut’ di Laut China Selatan, mengenakan amaran dan sekatan yang mengancam kestabilan, kata seorang komander Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam komen yang jelasnya mensasarkan pada China.

Laksamana Scott Swift, komander Armada Pasifik AS, berkata dalam ucapan di Australia bahawa AS masih ‘komited’ untuk melindungi kebebasan pelayaran menerusi rantau berkenaan.

“Saya fikir sesetengah negara menganggap kebebasan laut berkenaan sebagai untuk direbut, sebagai sesuatu yang boleh dirobohkan dan didefinisi semula oleh undang-undang tempatan atau dengan mentafsir semula undang-undang antarabangsa,” beritahu Swift pada persidangan maritim di Sydney.

“Sesetengah negara masih mengenakan amaran dan sekatan ke atas kebebasan laut di zon ekonomi eksklusif mereka dan menuntut hak perairan wilayah yang tidak konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut). Trend ini amat teruk di perairan yang dipertikaikan.”

Scott Swift semasa sidang media ‘2015 Pacific International Maratime Exposition’ di Sydney berkata AS masih ‘komited’ untuk melindungi kebebasan pelayaran menerusi rantau Laut China Selatan. – Reuters
Scott Swift semasa sidang media ‘2015 Pacific International Maratime Exposition’ di Sydney berkata AS masih ‘komited’ untuk melindungi kebebasan pelayaran menerusi rantau Laut China Selatan. – Reuters

China menuntut kebanyakan Laut China Selatan, di mana AS$5 trilion dalam perniagaan bawaan kapal melaluinya setiap tahun. Filipina, Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Brunei juga mempunyai tuntutan bertindan.

Jepun dan China juga mempunyai tuntutan bercanggahan di Laut China Timur.

Amerika Syarikat telah meminta pembinaan pulau tiruan oleh China dihentikan di kawasan itu. China berkata ia mempunyai kedaulatan ke atas lautan itu dan tidak ada niat jahat.

China juga telah menuduh AS menggunakan tentera di Laut China Selatan dengan mengadakan rondaan dan latihan tentera bersama.

AS dan China saling bertuduhan atas tindakan berbahaya dalam beberapa kejadian terbaru yang membabitkan pesawat udara dan kapal mereka.

“Secara terus-terang, kami akan terus mengamalkan kebebasan lautan untuk semua negara, disebabkan kami tahu daripada pengalaman lampau, untuk mengelak tanggungjawab ini, memberikan lebih banyak risiko daripada mana-mana kepentingan laut sesebuah negara,” kata Swift.