Kebenaran muncul mengenai Mayweather – Pacquiao

Kebenaran muncul mengenai Mayweather – Pacquiao

GENERAL SANTOS, Filipina, 11 Sept (AFP) – Petinju Filipina Manny Pacquiao mengisytiharkan dia bebas daripada dakwaan dadah sebelum ini yang dibuat oleh Floyd Mayweather selepas pencabar Amerikanya itu dituduh mencabul peraturan anti-dadah sebelum pertarungan mereka.

Pacquiao berkata “akhirnya timbul kebenaran” setelah Mayweather didapati menerima suntikan vitamin dan galian sebelum pertarungan mereka di Las Vegas pada Mei.

Mayweather dan Agensi Anti-Ddaah Amerika Syarikat (USADA) telah menegaskan tindakan petinju tidak menyalahi undang-undang selepas satu laporan di laman web berita sukan SB Nation berkata dia telah melanggar peraturan Agensi Anti-Dadah (WADA).

“Kebenaran keluar akhirnya dan saya bebas daripada sebarang tuduhan,” kata Pacquiao dalam satu kenyataan ringkas kepada wartawan di Filipina lewat semalam.

“Pihak Mayweather menuduh saya menggunakan PEDs (dadah perangsang prestasi). Sekarang lihat apa yang berlaku.

“Saya berharap Floyd Mayweather akan mempelajari daripada pengalaman tersebut.”

Pacquiao dan Mayweather telah terbabit dalam persengketaan lama yang belum reda sejak petinju Ameirka itu memenangi satu-satunya pertemuan mereka, untuk kejuaraan welterweight Persatuan Tinju Dunia, berdasarkan mata.

Mayweather, yang bercita-cita untuk melanjutkan rekod 49-0 ke atas Andre Berto esok, menegaskan dia adalah seorang “atlet bersih” selepas suntikan terdedah.