Keberangkatan Diraja cerikan sambutan TBC

Keberangkatan Diraja cerikan sambutan TBC

Oleh Sim Y. H. & Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Tiong Hwa di mana ia disambut dengan penuh meriah serta membawa pelbagai makna bukan sahaja kepada masyarakat Tiong Hwa tetapi juga rakan serta sahabat mereka yang berbilang bangsa dan kepercayaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Tiong Hwa 2016 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain semasa berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Tiong Hwa 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain semasa berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Tiong Hwa 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

pg04_160308_a

Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada pelajar yang membuat persembahan.
Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada pelajar yang membuat persembahan.

pg04_160308_d

pg04_160308_b

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain berkenan bergambar ramai.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain berkenan bergambar ramai.

pg04_160308_g

pg04_160308_e

pg04_160308_f

Keberangkatan Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja lain dijunjung oleh Penasihat Kehormat Majlis, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, Pengerusi Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Cina 2016, Masyarakat Tiong Hwa, Lau Shiew Yuen dan ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Majlis yang lain dan seterusnya, dijunjung untuk bergambar ramai sebelum berangkat ke Dewan Plenari bagi Majlis Ramah Mesra.

Majlis dimulakan dengan upacara lagu kebangsaan yang diikuti dengan Baginda Sultan yang kemudiannya berkenan menerima pesambah dan majlis ramah mesra diteruskan dengan persembahan-persembahan tarian, persembahan silap mata dan bakat seni tradisional masyarakat Tiong Hwa yang disertai oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa dan Kumpulan Akrobatik Wilayah Jiangsu seramai 26 orang di mana mereka dijemput oleh Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam bagi mengadakan persembahan semasa majlis berkenaan.

Antara persembahan menarik pada majlis sambutan TBC itu.
Antara persembahan menarik pada majlis sambutan TBC itu.

pg04_160308_m

pg04_160308_l

pg04_160308_n

pg04_160308_j

pg04_160308_i

Kehadiran kumpulan itu juga merupakan salah satu kegiatan kebudayaan bersempena dengan sambutan hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China ke-25.

Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang yang lain kemudian dijunjung untuk menerima junjung ziarah daripada mereka yang menghadiri majlis berkenaan sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Pengerusi Majlis, Lau Shiew Yuen menjunjung kasih kehadapan majlis Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra Sambutan Tahun Baru Cina 2016.

Beliau menambah bahawa ia menunjukkan bahawa Brunei merupakan sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam penuh harmoni dan bersatu-padu serta bersama-sama berusaha untuk membangun negara.

Tahun ini, masyarakat Tiong Hwa meraikan tahun monyet dengan berikrar untuk terus meningkatkan lagi mutu penghasilan mereka dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, pembangunan dan pendidikan menuju ke arah kemakmuran serta kemajuan yang menjunjung negara dan bangsa.

ARTIKEL YANG SAMA