Keberangkatan DPMM ceriakan acara renang

Keberangkatan DPMM ceriakan acara renang

Oleh Fadhil Yunus

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Peringkat Umur Brunei ke-24 di Kompleks Sukan Renang,Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas.

Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib; dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ’Abdul Haseeb.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim turut menyertai kejohanan tersebut serta berjaya mencatatkan dua rekod baru untuk acara kuak dada 50 meter dan gaya bebas 50 meter. Yang Teramat Mulia juga turut bersaing dalam acara kuak lentang 100 meter.

Yang Teramat Mulia mencatatkan masa 1 minit untuk kuak dada 50 meter selepas mengatasi masa 1:02.08 yang dicatatkan pada edisi keempat Kejohanan Terbuka Brunei Darussalam November lalu dengan catatan 59.21 saat.

DYTM Pengiran Muda Mahkota, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Peringkat Umur Brunei ke-24 di Kompleks Sukan Renang, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. – Gambar Infofoto
DYTM Pengiran Muda Mahkota, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Peringkat Umur Brunei ke-24 di Kompleks Sukan Renang, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. – Gambar Infofoto
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika beraksi dalam salah satu acara renang. – Gambar Infofoto
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika beraksi dalam salah satu acara renang. – Gambar Infofoto

Yang Teramat Mulia juga memperbaiki catatan 42.99 saat kepada 42.25 saat dalam gaya bebas 50 meter dan muncul sebagai perenang kedua terbaik dari Sekolah Antarabangsa Brunei selepas Anastase Guillou dan kedudukan keenam secara keseluruhan dalam 28 acara perlumbaan.

Yang Teramat Mulia juga menduduki tempat kesembilan dengan catatan masa 2:06:86 untuk acara kuak lentang 100 meter. Turut bertanding dalam gaya bebas 50 meter ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.

Shane Chong dari Kelab Renang Sea Dragon meraih tempat pertama untuk acara kuak dada 50 meter dan gaya bebas 50 meter dan mengatasi 50.59 saat untuk catatan terbaru 49.29 saat dan mengatasi masa 37.92 saat untuk selesai dengan catatan 37.38 saat.

Perenang Sea Dragon Swimming Club juga menduduki tempat kedua dalam acara kuak lentang 100 meter selepas memecahkan pencapaian terdahulunya 2:00.00 saat dengan catatan terbaru 1:38.81 saat.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei (BASA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

ARTIKEL YANG SAMA