Kebersihan kawasan perkuburan dijaga

Kebersihan kawasan perkuburan dijaga

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Meragang baru-baru ini telah mengadakan kempen membersihkan kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Meragang yang digelar sebagai Kubur Panjang Lipat Tiga.

Hadir menyertai kempen ialah Ketua Kampung Kapok, Haji Marali bin Haji Ahmad yang juga selaku Pemangku Ketua Kampung RPN Meragang; Ketua Biro Keselamatan Pengawasan Kejiranan RPN Meragang, Awang Mohd Hadi Muslim bin Abdullah@Haji Mohd Yusuf dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan RPN Meragang.

Turut hadir ialah Ketua Muslimah MPK RPN Meragang, Dayang Nurul Iffah Amelina binti Omar bersama ahli-ahli Muslimah, dan anggota polis cawangan Balai Polis Muara.

Antara yang menyertai kempen kebersihan di sebuah perkuburan lama.
Antara yang menyertai kempen kebersihan di sebuah perkuburan lama.

Selepas kempen kebersihan dijalankan, bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Arwah telah dibacakan dan dipimpin oleh Haji Marali.

Menurut Haji Marali, Kubur Panjang Lipat Tiga yang tetap dijaga persekitarannya oleh penduduk kampung di situ mempunyai kisahnya tersendiri dan mengikut catatan batu nisan di kubur itu, ia tercatat pada tahun 1911 dan sudah pun berusia lebih 100 tahun.