Kebersihan tanggungjawab bersama

Kebersihan tanggungjawab bersama

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Ahli-ahli jawatankuasa bazar hujung minggu bersama penduduk Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor, Mengkubau, semalam telah mengadakan kerja bergotong-royong bagi membersihkan kawasan Taman Riadah Bukit Mengkubau.

Kempen tersebut antara lain bertujuan bagi membersihkan kawasan persekitaran selain meningkatkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung.

Dengan kerjasama seperti ini, ia dapat meningkatkan lagi imej RPN Kampung Panchor yang merupakan kawasan penempatan baru bagi kawasan perumahan negara.

Suasana bergotong royong membersihkan Taman Riadah Bukit Mengkubau.
Suasana bergotong royong membersihkan Taman Riadah Bukit Mengkubau.
Membuat papan tanda bagi tujuan menghalang orang awam dari membuang sampah sarap di kawasan tersebut.
Membuat papan tanda bagi tujuan menghalang orang awam dari membuang sampah sarap di kawasan tersebut.

Taman Riadah Bukit Mengkubau merupakan pilihan awal untuk kempen ini kerana ia menjadi salah satu tarikan beriadah penduduk kampung selain langkah awal persiapan untuk projek Bazar Hujung Minggu RPN Panchor, April ini.

Ahli jawatankuasa bazar melahirkan harapan supaya kempen kebersihan seperti ini menjadi aktiviti berterusan, seterusnya mengalu-alukan penglibatan semua penduduk kampung dalam aktiviti yang diadakan.